Lelaki Halal Untuk Aku

RM 24

Condition: Baru [New]
(Harga produk tidak termasuk harga pos)



Detail produk:
Sinopsis
Berbekalkan hati yang telah terluka dihalau mama kerana khilafnya, Sarrafia meneruskan kehidupan di Pulau Langkawi. Menjadi pekerja di sebuah pusat yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Sedang Sarrafia tidak pernah berharap akan bertemu lagi meskipun dia tidak pernah melupakan lelaki yang bernama Adriz itu.

Pertemuan semula dengan Adriz membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang semula. Bukan tiada lelaki yang mahukan dia, tetapi Sarrafia tahu dia tidak boleh mendapat lelaki sebaik Noh yang sudah terang-terang mencintainya. Tiada degupan cinta untuk Noh. Hanya untuk lelaki itu, yang mempunyai cerita silam dengannya.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” – Adriz.

Sarrafia tidak tahu apa yang yang mahu ditebus oleh Adriz. Dia tidak pernah mengharap lagi akan sebuah cinta yang membahagiakan. Hati mama yang terluka kerana perbuatannya menyebabkan dia tidak mahu lagi mengucapkan kata cinta.

“Kalau saya nak lepaskan awak, tunggu Allah cabut nyawa saya dulu. Waktu tu tentulah saya dah lepaskan awak.”
“Niat di hati memang saya tak nak kahwin dengan awak pun, Encik Adriz. Tapi bila setiap malam muka awak saja yang muncul maknanya Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak. Kerana Allah dah bagi petanda, maka terpaksalah saya memilih awak juga.”

Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar difahami. Tidak mahu bahagia, tetapi hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz.
Hubungan Khaira Wilda dan Hayden Daniel berjalan lancar hinggalah semuanya terbongkar.

Rupa-rupanya Khaira Wilda ialah seorang anggota polis, bukan tukang cuci. Lebih mengharukan, dia sudah bersuami! Terjelepok kehampaan Hayden Daniel saat salah faham itu dilemparkan kepadanya. Terus hubungan cintanya dengan Khaira Wilda ditamatkan tanpa sempat gadis manis itu menerangkan semuanya. Kehadiran Hakimi yang sudah memendam rasa sekian lama, mungkinkah menggugat kedudukan Hayden Daniel dalam hati Khaira Wilda?

Aku memang tak pernah bercinta. Kaulah cinta pertamaku- Hakimi

Saat mengetahui kebenaran yang hakiki, Hayden Daniel sungguh menyesali akan keterlanjurannya memutuskan cinta. Namun segalanya sudah terlewat pabila Khaira Wilda sudah putus harapan terhadap sebuah rasa yang dinamakan cinta…

“Entahlah, Hayden. Saya malas nak ulang balik. Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan tertulis. Jadi biarkan saja. Biar masa tentukannya.”

Disyorkan untuk anda:

 
Copyright © 2014. BukaBaju Template - Design: Gusti Adnyana