Seribu Rindu

RM 29

Condition: Baru [New]
(Harga produk tidak termasuk harga pos)



Detail produk:
Sinopsis ZARRA ZAINAL... Hidupnya tidak mudah. Ya, dia terluka, dia kecewa, namun dia tetap bangkit. Maruah yang dicalar Hisham sewaktu dia masih remaja dulu membuatkannya menjadi insan yang lebih kuat. 10 tahun dia bebas daripada mimpi ngeri itu, Hisham kembali. Bertugas di bawah satu naungan.

HISHAM ADLI... Dia terpempan. Tidak menyangka, gadis sunti pada masa silamnya kini ada di depan mata. Dewasa. Paling terkesan, dia masih ingat janjinya terhadap Zarra waktu itu, janji yang dia akan bertanggungjawab. Sekarang? Mana mungkin. Dia sudah ada Kartini. Namun hatinya mula melaung rasa, janji perlu dikota. Dia tekad, Zarra akan dijadikan suri.

ZACHARY... Kali pertama dia memandang, dia pasti yang dia sudah jatuh hati. Dia punya segala-galanya, tapi masih kosong cinta. Zarra umpama bidadari yang membuka segala tunas rasa, membuka kotak Pandora cintanya yang selama ini tertutup rapat. Sumpah, hanya Zarra dalam hati.

Rindu yang datang dan pergi serta airmata yang jatuh mahupun menghilang, Zarra takkan menoleh lagi. Kalaupun rindu yang dilemparkannya jauh seribu tahun, dia masih mahu menunggu. Dia masih mahu menunggu cinta nan sejati


Disyorkan untuk anda:

 
Copyright © 2014. BukaBaju Template - Design: Gusti Adnyana