Please Marry Me, Teacher

RM 29

Keadaan: Baru [Baru]
(Harga produk tidak termasuk harga pos)



Detail produk:
sinopsis
Pertemuan Noah Mikael dan Hana Carmelia tidak begitu baik semenjak awal lagi. Noah Mikael membenci cikgu baru itu yang dirasakan mencabar maruahnya sebagai ketua kumpulan empat sahabat yang sangat dihormati di Bok Seng High School.

Namun, siapa sangka? Perasaan benci Noah Mikael itu akan bertukar pada cinta. Semakin dia mengenali Hana Carmelia semakin Noah Mikael angau dan tergila-gilakan perempuan itu.

"Hana ... Tak ... tak. Sebenarnya saya lebih suka Nama Kedua anda. Carmelia. Sama seperti bunga. Anda begitu comel, indah dan manis. Itu awak. Saya bersumpah. "- Nuh Mikael.
“Realiti hidup ini tak seindah yang awak gambarkan. Kahwin? Tak mudah, Noah. Perkahwinan itu bukan hanya penyatuan hati kita. Penyatuan dua keluarga. Awak dan saya jauh berbeza.” – Hana Carmelia.

Serius dengan perasaan cintanya, guru bahasa Melayunya itu terus dilamar. Malangnya lamaran itu ditolak mentah-mentah! Namun, penolakan demi penolakan tidak melunturkan semangat lelaki itu untuk memburu cinta Hana Carmelia. Dia sudah berjanji untuk menjadi penjaga perempuan itu di dunia dan akhirat.

"Saya tahu. Saya bukan orang itu. Saya bukan satu yang betul untuk anda. Tetapi saya berjanji kepada anda, Hana Carmelia bt Samsudin. Aku akan menjagamu. Selamanya. Insya-Allah. "

Hana Carmelia pula? Sampai bila dia hendak menidakkan hakikat bahawa pelajar terlebih umur itu sudah menjadi suaminya yang sah? Sampai bila dia mahu menutup rapat hatinya buat Noah Mikael?

Disyorkan untuk anda:

 
Copyright © 2014. BukaBaju Template - Design: Gusti Adnyana